
Penjara San Antonio di Pulau Margarita di Venezuela ialah satu penjara yang mungkin menjadi idaman semua penjenayah untuk dihukum di situ.
Jika di penjara lain, para banduan diwajibkan mengikuti beberapa jenis peraturan dan undang-undang, di penjara itu banduan yang menetapkan peraturannya sesama mereka.
Semua perkara dari memasak makanan mereka sendiri, menonton televisyen sesuka hari, melayari internet melalui laptop dan menguruskan perniagaan haram melalui telefon bimbit semuanya boleh dilakukan mengikut kemahuan banduan di sini.
Satu perkara sahaja yang tidak boleh dilakukan di penjara itu iaitu melarikan diri daripadanya.
Jika ada banduan yang didapati cuba melarikan diri, mereka akan dibunuh oleh pasukan penembak tepat yang ditempatkan di atas menara pengawal penjara itu.
Di Penjara San Antonio, banduan boleh mempunyai pekerjaan dan wang, ada yang bekerja sebagai tukang gunting rambut, menjual dadah dan ada yang menganjurkan pertandingan berlawan antara banduan.
Mereka menguruskan perniagaan pertaruhan atas perlawanan itu.
Di antara banduan itu, ada seorang lelaki yang merakamkan gambar banduan dan kemudian menyuntingnya semula menggunakan aplikasi Photoshop seperti mereka bergambar bersama kereta mewah Hummer.

Bagi banduan yang malas, mereka hanya berbaring di dalam bilik sel mereka yang berhawa dingin sambil menonton televisyen bersama isteri atau teman wanita mereka yang bebas datang dan pergi pada bila-bila masa.
Anak-anak banduan juga bebas datang dan turut dibenarkan mandi di dalam empat kolam renang yang terdapat di dalam kawasan penjara itu.

Posting Komentar