KUALA LUMPUR, 26 Mac — PKR hari ini menyertai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP dan PAS apabila menolak tawaran untuk bersiaran 10 minit dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM), serta membidas ia satu “penghinaan” kerana saluran televisyen tersebut hanya menyiarkan berita dan iklan pro-Barisan Nasional (BN) sepanjang masa.
“Ia tidak boleh 99 peratus hanya tentang satu parti dan selebihnya kepada parti lain,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR disini hari ini.
Ahli dewan undangan negeri Seri Setia juga menambah pihak media sepatutnya mengambil pendekatan demokrasi diseluruh dunia lain, termasuk di Barat malahan Indonesia dan Turki dimana menyiarkan perdebatan antara pemimpin politik adalah perkara biasa dilakukan.
Beliau menyatakan beberapa tawaran daripada pembangkang untuk mengadakan debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali telah ditolak serta-merta.
“Ia hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Kami tidak mempunyai ruang untuk nyatakan pandangan... dan laporan media sentiasa tidak telus.
“Jika kami dapat siaran 10 minit, ia terlalu kecil. Ente boleh lihat ia dipenuhi dengan pengiklanan, penuh dengan BN... dan kemudiaan Ente beri kami siaran untuk 10 minit?” beliau mengeluh.
“Tawaran tersebut adalah permainan politik palsu untuk memberi gambaran tidak tepat tentang peranan media dalam demokrasi.”
Nik Nazmi mengeluh negara sepatutnya mengamalkan perdebatan sihat dan wacana demi masa depan negara, sebaliknya senario politik Malaysia dipenuhi dengan “seks dan pornografi”, yang menjadi bahan untuk menjatuhkan imej pembangkang khususnya.
“Orang ramai dah muak dengan ini. Kita perlu bercakap tentang dasar dan masa depan negara,” katanya.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pada Jumaat lepas mengumumkan parti politik akan diberi masa siaran 10 minit dalam RTM bagi membentangkan manifesto mereka yang direkod awal menjelang Pilihan Raya 2013.
Rais berkata peluang yang diberikan adalah bertujuan menghormati sistem demokrasi di negara ini.
Semalam, kedua-dua PAS dan DAP menolak tawaran itu.
Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata partinya tidak akan menerima tawaran itu kerana mereka tidak mahu memberikan BN justifikasi bahawa parti pemerintah mengamalkan kebebasan bersuara.
Beliau menambah bahawa PR mahu hak untuk menjawab, bukan hanya semasa pilihan raya umum, tetapi pada setiap masa dalam semua media arus perdana dan stesen TV yang mana hampir semuanya dikawan BN.
Bagi PAS, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali berkata parti itu menolak tawaran tersebut memandang penyiaran 10 minit tersebut tidak direkodkan secara langsung.
“Apa saja boleh berlaku jika tidak secara langsung,” katanya, apabila ditanya jika PAS takut komen mereka akan disunting oleh RTM. TMI

Posting Komentar